ALOR
SETAR 14 November - Kerajaan Kedah perlu mewujudkan lebih banyak
kawasan perindustrian untuk menjana pendapatan tinggi, tetapi pada masa
sama tidak boleh mengabaikan sektor pertanian berasaskan padi.
Ini kerana padi merupakan jaminan bekalan makanan kepada rakyat negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata sektor pertanian padi perlu diuruskan dengan cekap untuk memastikan produktiviti yang tinggi, sekali gus dapat menyumbang pendapatan tinggi kepada petani.
"Dua perkara saya lihat penting di Kedah iaitu jaminan makanan dan juga meningkatkan pendapatan rakyat. Untuk itu, kerajaan negeri memerlukan aktiviti industri yang dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya dalam majlis dialog sembang petang sempena Karnival 7 Hari 7 Malam, Muzium Padi di Gunung Keriang di sini hari ini. Karnival bermula sejak 11 November lepas.
Beliau berkata untuk memperoleh hasil yang lebih baik, pesawah perlu menggunakan peralatan pertanian berteknologi moden bagi meningkatkan hasil pengeluaran mereka.

"Untuk
tingkatkan pendapatan, rakyat perlu melibatkan diri dalam sektor
pertanian padi dan tidak seharusnya bergantung kepada pekerja asing
untuk mengusahakan sawah mereka," katanya.
Dr Mahathir berkata jika tanah pertanian itu tidak diusahakan, lebih baik ia dijadikan kawasan kilang kerana mampu menjana pendapatan lebih terutamanya kepada golongan muda.
"Seekar tanah (0.4 hetkar) mungkin hanya dapat memberi makan kepada seorang sahaja tetapi jika seekar tanah itu diubah menjadi kilang, ia dapat memberi makan kepada lebih ramai orang," katanya.
Justeru, beliau berkata kerajaan negeri perlu mempunyai dasar pelaburan yang baik untuk menarik pelaburan ke negeri ini.

Sumber: Bernama