Program
gotong-royong yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Pokok Sena dan
beberapa agensi lain bagi mengangkat rumah Sohidan di Kampung Bukit.
KEDAH
11 November - Pejabat Daerah Pokok Sena dengan kerjasama Regimen 6 RAMD
mengadakan program gotong-royong bagi mengangkat rumah seorang penduduk
di Kampung Bukit dekat sini baru-baru ini.
Ketua
Penolong Pegawai Daerah Pokok Sena, Zainizam Zainon berkata, program
itu juga turut mendapat kerjasama Rela Pokok Sena dan penduduk bagi
menjayakan Program Gotong-royong Jiwa Murni itu.
Katanya,
selain dari turun untuk membantu keluarga berkenaan, program nostalgia
itu juga bertujuan bagi menghidupkan kembali semangat gotong-royong
dengan mengangkat dan memindah rumah yang jarang dilihat oleh generasi
pada hari ini.
“Rumah
yang kian rosak itu akan diangkat secara beramai-ramai sejauh 15 meter
dan tapak rumah itu akan dibina semula sebuah rumah dengan kos sebanyak
RM40,000 dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk di situ.
"Pada
tahun ini, Pejabat Derah Pokok Sena meluluskan sebanyak empat unit
rumah di empat mukim di daerah ini kepada keluarga miskin yang dikenal
pasti. Di samping itu juga gotong-royong ini bertujuan untuk merapatkan
lagi hubungan penduduk kampung dengan agensi kerajaan yang terlibat,”
katanya.
Pemilik
rumah itu, Sohidan Kassim berkata, dia sekeluarga berterima kasih
kepada yang terlibat dalam program itu dalam membantunya mengangkat
rumahnya dan membina rumah baru kepada keluarganya.
Katanya,
pendapatannya sebagai pemandu lori tidak mampu untuk membina rumah baru
malah rumah lamanya itu juga dikatakan semakin usang kerana dimakan
oleh anai-anai hingga membimbangkan keluarganya.
“Saya
sekeluarga berterima kasih kepada Pejabat Daerah Pokok Sena kerana
meluluskan bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ini kepada
kami sekeluarga dengan dibantu oleh penduduk dikampung ini untuk
membinanya,” katanya.
Sumber: Sinar