SINTOK
30 November - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
hari ini melahirkan rasa bimbang dengan tindakan segolongan rakyat yang
berani melanggar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan sehingga
mencabar keutuhan yang mengancam kedamaian negara.
Baginda
bertitah, rakyat harus sentiasa menghormati dan memuliakan
undang-undang sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Atas
kedudukan beta sebagai ketua negara, beta ingin menarik perhatian semua
pihak mengenai tugas dan tanggungjawab mereka dalam menjamin kedamaian
dan keamanan negara ini terus terpelihara.
"Kerakusan
perasaan yang bertentangan dengan hasrat kedamaian dan keamanan
mengikut perundangan hanya membawa padah buruk kepada negara,” titah
baginda.
Tuanku
Abdul Halim yang merupakan Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)
bertitah demikian semasa merasmikan konvokesyen ke-26 UUM di sini, hari
ini.
Turut
hadir Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar
Sultan Badlishah dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr.
Mahathir.
Baginda
bertitah, perkara itu perlu diingatkan kerana golongan tersebut sengaja
mencabar Perkara Tiga dalam Bahagian Satu Perlembagaan Persekutuan
iaitu hak istimewa selaku Ketua Negara dan Ketua Negeri dan
tanggungjawab serta hak istimewa dan prerogatif Ketua Negara.
Sumber: Bernama