Oleh: MOHD ISKANDAR OTHMAN
GEORGETOWN
13 Julai - Selepas hampir 67 hari mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi
(ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), keadaan bekas Menteri Besar Kedah,
Tan Sri Azizan dilaporkan stabil dan semakin baik.
Isterinya,
Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, keadaannya bertambah baik dan
sering dilihat tersenyum setiap kali ahli keluarga dan sahabatnya datang
melawat. "Tan Sri sekarang dalam tempoh pemulihan namun ia mengambil
masa untuk beliau kembali pulih sepenuhnya.
"Beliau sudah mampu berkomunikasi namun tidak boleh bercakap dengan lancar sebaliknya akan menggunakan pen dan kertas jika mahu berinteraksi dengan ahli keluarga," katanya ketika ditemui media selepas kunjungan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukriz Mahathir hari ini.
"Beliau sudah mampu berkomunikasi namun tidak boleh bercakap dengan lancar sebaliknya akan menggunakan pen dan kertas jika mahu berinteraksi dengan ahli keluarga," katanya ketika ditemui media selepas kunjungan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukriz Mahathir hari ini.
Bersyukur
dengan keadaan kesihatan yang semakin baik, Azizan dikatakan berhasrat
untuk membuat kenduri dan menyumbangkan seekor lembu kepada HPP.
"Sebelum ini setiap kali Ramadan beliau akan membuat perkara yang sama
(menyumbangkan seekor lembu) kepada mana-mana hospital di Kedah namun
kali ini beliau memilih memberinya kepada HPP," katanya.
Faekah
berkata, Azizan tidak dibenarkan menjalani ibadah puasa tahun ini
berikutan keadaan kesihatannya yang memerlukan pemberian ubatan-ubatan
secara berterusan.
Beliau
berkata, suaminya kini masih lagi makan dan minum menggunakan tiub dan
tidak mampu berpuasa sehingga hari ini. Azizan, 69, yang juga Adun
Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya pada
9 Mei lalu setelah dimasukkan ke hospital pada 7 Mei akibat komplikasi
diabetik. Beliau dipindahkan ke HPP dari Kedah Medical Centre (KMC)
selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya.
Sumber: Sinar Harian