ALOR
SETAR 9 Julai - Kadar zakat fitrah bagi negeri Kedah pada tahun ini
kekal RM7, kata Penolong Setiausaha Jabatan Zakat Kedah, Redzuan Ahmad.
Redzuan
berkata penetapan kadar zakat fitrah dilakukan selepas mengambil kira
harga semasa beras. Katanya pihaknya telah melantik lebih 500 amil
masjid bagi menjalankan urusan mengutip zakat fitrah di 552 masjid di
negeri ini serta turut menyediakan kaedah pembayaran menggunakan khidmat
pesanan ringkas (SMS).
"Tak
ada alasan untuk orang Islam tidak membayar zakat fitrah. Kita dah
sediakan kemudahan dan tempat untuk mereka berbuat demikian. Kalau tak
sempat, bayar melalui SMS pun boleh dan kita tak kenakan sebarang cas
tambahan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya mensasarkan kutipan zakat fitrah RM7.1juta tahun
ini berbanding RM6.9 juta tahun lepas.
Sumber: Bernama