“Mereka akan dihimpunkan di penempatan baharu dan di situ mereka akan bekerjasama memulakan hidup baharu.
“Penempatan baharu ini juga akan disediakan aktiviti ekonomi dan para pesertanya sendiri akan mengendalikannya bagi menjana pendapatan mereka,” kata Mohd. Tajudin ketika meninjau projek Rimbunan Kasih Bandar Baharu di Mukim Bagan Samak, semalam.
Seramai 100 peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan yang dikategorikan sebagai miskin akan dipilih untuk menduduki penempatan baharu ini.
Terlebih dahulu, calon peserta akan dipanggil menghadiri temuduga dan penilaian akan dibuat secara teliti supaya sasaran menepati projek yang dirancangkan.
Sebanyak 100 unit rumah akan dibina dan pelbagai prasarana seperti surau, dewan, tabika, taman permainan kanak-kanak turut diadakan bagi kemudahan peserta.
Menurut Mohd Tajudin, aktiviti perladangan dan pertanian turut diadakan di persekitaran penempatan itu bagi memberikan pendapatan kepada peserta dalam menjana ekonomi rumahtangga mereka.
“Aktiviti perladangan seperti Rumah Hijau, penanaman buahan, penternakan ikan dan sebagainya turut diadakan.
“Ini memberikan mereka peluang untuk bekerja bagi menjana pendapatan dan dapat meringankan sedikit bebanan yang terpaksa ditanggung selama ini,” kata Mohd. Tajudin.
Oleh : Norlia Ramli
Sumber : Utusan