ALOR SETAR 15 Febuari - Kerajaan negeri
merakamkan penghargaan kepada syarikat yang tampil memberi sumbangan
untuk program membina rumah mangsa banjir di Kampung Karangan, Manek
Urai, Kelantan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun
Mahathir berkata, sumbangan yang diberikan bukan hanya dalam bentuk wang
tunai malah khidmat nasihat, simen, kayu, sinki, tandas dan peralatan
untuk pembinaan.
“Selain itu terima kasih juga kepada tenaga kerja yang terlibat memberikan bantuan untuk pembinaan tersebut.
“Tiada masalah yang berlaku kerana
begitu ramai datang membantu dan saya rasa senang hati kerana Kedah
antara negeri yang cepat bertindak untuk memulakan kerja pembinaan rumah
ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang
akhbar selepas menghadiri majlis penghargaan kepada para penyumbang
bantuan untuk projek rumah sementara berkenaan di sini hari ini.
Dalam majlis tersebut, beliau
menyampaikan sijil penghargaan kepada 18 syarikat yang tersenarai
menyumbangkan bantuan bernilai hampir RM2 juta untuk program tersebut.
Antaranya, Perbadanan Kemajuan Negeri
Kedah (PKNK); Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA); Kulim Hi-Tech
Park Corporation (KPTC); Bina Darulaman Berhad (BDB); Belati Wangsa (M)
Sdn. Bhd; Yayasan Muhibbah Tan Sri Feng Ah Seng dan TH3 Holdings Sdn.
Bhd.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata, 18 daripada 53 unit rumah yang disasarkan untuk dibina hampir siap dalam masa terdekat ini.
Beliau menambah, tapak rumah telah
disediakan untuk unit rumah yang selebihnya dan hanya menunggu masa
untuk memulakan pembinaan.
Advertisement
Advertisement
“Saya ambil kesempatan hari ini untuk
raikan semua peyumbang dan ucapkan terima kasih bukan hanya bagi pihak
kerajaan negeri Kedah tetapi juga bagi pihak mangsa bencana yang
menerima rumah itu,” katanya.
Oleh : Nazmil Nasiruddin
Sumber : Utusan