ALOR SETAR 15 Disember – Seramai 307
pelajar di Parlimen Alor Setar menerima sumbangan Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) 2013 di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar
Bata, di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, YB.
Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sumbangan bernilai
RM126,700 daripada Kerajaan Negeri Kedah sebagai semangat kepada pelajar
di negeri ini untuk menyambung pengajian.
“Sebanyak 21 pelajar peringkat sijil
menerima RM100 manakala 92 pelajar peringkat diploma menerima RM300
diikuti 194 pelajar peringkat ijazah menerima RM500 setiap seorang.
“Pihak kami mengharapkan pelajar yang
menerima sumbangan ini menggunakan wang dengan sebaiknya untuk tujuan
pengajian masing-masing,” katanya.
Menurutnya, bagi mereka yang berminat
mendapat sumbangan untuk 2014, ibu bapa pelajar boleh mengemukakan
dokumen berkaitan ke pusat khidmatnya.
“Kita masih membuka permohonan sehingga
kini. Sebenarnya ada yang masih belum mengetahui bantuan Kerajaan Negeri
termasuklah sumbangan wang IPT ini.
“Sesiapa berhasrat mendapatkan sumbangan
diminta membawa salinan surat tawaran pengajian dan kad pengenalan ke
Pusat Khidmat DUN Bakar Bata,” ujarnya.
Sumber : UMTK