Rakyat Diminta Kibar Jalur Gemilang

2rakyat
YAN 2 September - Seluruh rakyat di negeri ini diminta untuk mengibarkan Jalur Gemilang pada Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 tahun ini sebagai satu simbolik dalam menzahirkan rasa cinta kepada negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, YB. Dato’ Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, biarpun masih diselubungi kesedihan ekoran tragedi yang menimpa MH17 dan MH370, namun tindakan mengibarkan Jalur Gemilang adalah suatu tuntutan kepada setiap rakyat di negara ini yang cintakan negara.

“Jalur Gemilang merupakan lambang kebebasan, kepelbagaian bangsa dan agama serta kemakmuran yang patut dihargai semua pihak,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Ambang Merdeka Daerah Yan 2014 dan Doa Untuk Malaysia yang diadakan di Pekan Yan, di sini.

Menurutnya, pelbagai pengisian turut dijalankan sempena kemerdekaan pada kali ini yang lebih tertumpu ke arah usaha mewujudkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sumber : UMTK