ALOR SETAR 10 September – Semua
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh
Kedah diwajibkan menjalankan satu program khas kesedaran mengenai denggi
untuk dinilai sebagai Petunjuk Prestasi Utama tahun ini.
Sehubungan itu, Lembaga Kemajuan Wilayah
Kedah (KEDA) memperuntukkan sebanyak RM350,000 atau RM500 bagi setiap
kawasan JKKK bagi membolehkan mereka menjalankan program di peringkat
akar umbi dalam tempoh dua bulan, bermula pada 8 September 2014.
Pengerusi KEDA yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, YB. Dato’ Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah berkata, peruntukan khas itu perlu digunakan sebaik-baiknya bagi
menjalankan gotong-royong bersama masyarakat setempat bagi membolehkan
mereka mendapat maklumat penting mengenai denggi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita
selepas Program Khas Gotong-Royong JKKK Mencegah Wabak Denggi Peringkat
Negeri Kedah yang diadakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)
Bakar Bata, di sini.
Sumber : UMTK