Lebih RM300,000 Biayai Aktiviti JawatanKuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung

9kampung
ALOR SETAR 9 September – Peruntukan sebanyak RM378,600 diagihkan untuk membiayai aktiviti dan program yang dilaksanakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, jumlah berkenaan meliputi perbelanjaan keseluruhan program sepanjang tahun 2014, bermula bulan Januari sehingga bulan September.

“Turut merangkumi semua JKKK di 12 daerah dalam negeri ini dan digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti serta program yang dianjurkan,” ujarnya.

Sumber : UMTK