Larian Hapuskan Rasuah


8larian
ALOR SETAR 8 September - Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mengetuai kira-kira 1,500 orang dari pelbagai lapisan masyarakat dalam larian tiga kilometer di sini bagi menunjukkan komitmen untuk menjadikan negara bebas rasuah.

Larian yang bermula dan berakhir di Dataran Pahlawan, Taman Jubli Perak itu dinamakan Larian 'Hapuskan Rasuah, Jangan Beri Jangan Terima', anjuran Parti Gerakan Negeri Kedah.

Menteri Besar Kedah yang diiringi Pengerusi Parti Gerakan Negeri Kedah, Dato’ Dr Cheah Soon Hai dan Ketua Wanita Parti Gerakan Negeri Kedah, Tan Cheng Hong mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menamatkan larian itu.

Sebelum itu, Menteri Besar Kedah yang tiba pada jam 7.45 pagi turut menyertai senamrobik selama 10 minit bersama peserta mengikut rentak lagu tiga kaum utama di negara ini dan lagu 1Malaysia.

Sumber : UMTK