Kerajaan Tidak Akan Tarik Kebebasan Bersuara Di Media Sosial


7media
JERLUN 7 September – Kerajaan tidak akan menarik kebebasan bersuara di media sosial tetapi mahu kebebasan itu dilakukan dengan prinsip kebertanggungjawaban.

Perdana Menteri, YAB. Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, Kerajaan mengamalkan sikap keterbukaan tetapi menjadi tanggungjawab rakyat terutama generasi muda atau Gen Y supaya mengetahui bahawa setiap kebebasan itu ada batasnya.

“Saya nak beri amaran, sesiapa yang cuba menggugat keamanan, undang-undang sedia ada akan digunakan. Perkara ini memang dikuatkuasakan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, di sini.

Menurutnya, Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian tetapi perkara berkaitan agama dan bangsa tidak akan diabaikan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir; Ahli Parlimen Jerlun, YB. Dato’ Othman Aziz; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, YB. Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan ADUN Kota Siputeh, YB. Dato’ Abu Hasan Sarif.

Sumber : UMTK