ALOR SETAR 28 Ogos - Skim Khairat Kematian yang diperkenalkan pada 2013 sudah mula dilaksanakan pada awal Januari 2014.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani serta Pembangunan
Usahawan, YB. Dato’ Suraya Yaacob berkata, mereka yang layak akan
menerima wang bantuan sebanyak RM250.
“Skim ini diwujudkan bagi membantu
meringankan beban rakyat di negeri ini untuk menguruskan jenazah ahli
keluarga mereka. Kita meluluskan peruntukan itu pada pembentangan bajet
2013 dan memberikan sebanyak RM20,000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bagi melaksanakannya,” katanya.
Menurutnya, mereka yang ingin
mendapatkan bantuan skim berkenaan boleh berhubung dengan pejabat ADUN,
ADUN Angkat atau UMNO bahagian masing-masing. Orang ramai tidak perlu
bimbang kerana prosesnya mudah dan cepat. Mereka perlu membawa salinan
sijil kematian, kad pengenalan waris dan baucer pengeluaran wang.
“Sekiranya maklumat yang diberikan itu
lengkap, mereka layak untuk menerima wang bantuan sebanyak RM250 seperti
yang dijanjikan Kerajaan Negeri,” ujarnya.
Sumber : UMTK