ALOR SETAR 31 Ogos - Sebanyak 101
kontinjen melibatkan 4,000 orang daripada pelbagai agensi swasta,
pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai
perarakan dan sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 peringkat negeri yang
diadakan di Dataran Tunku di sini hari ini.
Perarakan dan sambutan tersebut yang
diraikan secara sederhana bermula kira-kira pukul 8.30 pagi dan berakhir
pukul 10 pagi bermula sebaik sahaja Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan
Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah tiba di Dataran Tunku
hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta lain-lain jemputan.
Perarakan tersebut turut disaksikan lebih 5,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai peringkat umur untuk memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 itu.
Sumber : UTUSAN