ALOR
SETAR 9 Julai - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Kedah akan
memantau setiap projek yang dirancang di negeri ini supaya berjalan
lancar.
Pengerusinya,
YB. Dato’ Azmi Che Hussain berkata, perkara itu penting kerana rakyat
inginsetiap projek pembangunan yang dirancang menjadi kenyataan.
Beliau
berkata, setakat ini, sebanyak 46 projek sedang dalam peringkat
pelaksanaan. Masing-masing 29 projek Kerajaan Persekutuan dan 17 projek
Kerajaan Negeri.
“Kita berpuas hati dengan projek-projek yang sedang dilaksanakan di Kedah sebab tidak ada satu pun projek sakit atau runtuh.
“Ini
yang kita nak tahu kerana setiap projek pembangunan itu melibatkan duit
rakyat. Jadi, kita perlu maklumkan segala yang sedang berlaku kepada
rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke
Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), di sini.
Menurutnya,
PAC akan terus bergerak dan membuat pemantauan secara berkala supaya
setiap projek dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
“Antara
projek yang sedang berjalan ialah pembinaan Maktab Mahmud di Pokok
Sena. Projek bernilai RM3.6 juta itu dijangka siap pada November tahun
ini.
“Selain
itu, projek pembinaan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Daerah Langkawi
juga kini sudah 75 peratus siap. Projek bernilai RM4.4 juta itu dijangka
siap sepenuhnya pada Oktober tahun ini,” ujarnya.
Bagaimanapun, projek pembinaan Jambatan Kuala Pegang, Baling terpaksa ditangguhkan atas sebab teknikal.
“Pada
awalnya, kita bercadang untuk membina jambatan itu dengan saiz yang
tidak begitu besar. Tetapi disebabkan jambatan itu selalu mengundang
bahaya, maka kita akan memperbesarkan saiznya.
“Oleh
itu, kita memerlukan peruntukan tambahan dan berjanji rakyat di situ
akan menerima kemudahan yang lebih selesa dan selamat,” katanya.
Sumber:UMTK